Friday, October 02, 2009

PROGRAM PENTARAMA PADA TAHUN 2008




Tulisan Jawi pada papan-papan tanda di Kota Belud ditingkatkan

KOTA BELUD : Penggunaan tulisan jawi pada papan-papan tanda di sekitar bandar Kota Belud dan jalan-jalan utama ke kampung-kampung tertentu di daerah ini akan ditingkatkan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli berkata Umno daerah berkenaan bertekad untuk menggerakkan usaha ini sebagai langkah permulaan bagi merintis jalan untuk memartabatkan tulisan jawi.

Beliau berkata Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sudah menyuarakan sokongan mereka terhadap usaha itu di samping bersedia membantu pelaksanaannya, dan beliau seterusnya menyarankan agar penggunaan tulisan Jawi diperluaskan di seluruh Sabah.

Menurutnya penggunaan tulisan jawi yang meluas mencerminkan budaya Malaysia yang berbilang, menjadikan minat masyarakat terhadap keunikan tulisan itu perlu dipupuk agar ia tidak hilang begitu sahaja.

”Saya adalah pencinta Budaya Malaysia berbilang kaum. Saya sangat berminat dengan keunikan tulisan jawi yang menjadi simbol kepada perpaduan Melayu dan berharap tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan konsert Pentarama anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dewan terbuka Kampung Taun Gusi dekat sini malam kelmarin.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu Musbah berkata, rakya Malaysia bertuah kerana memiliki kerajaan yang sentiasa prihatin mengenai masalah rakyat serta mementingkan perpaduan.
-SUMBER DARIPADA BERNAMA ( 11 OGOS 2008 )

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP