Thursday, November 19, 2009

TULISAN JAWI DI PAPAN TANDA JALAN UTAMA KOTA BELUD DILAKSANAKAN MULAI TAHUN 2010

SAYA MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA ZUBAIDI ABAS(PENGARAH DBP SABAH) SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH EN.MUZIAT YUSOF


Tulisan Jawi pada papan tanda jalan utama di Kota Belud akan dilaksanakan di Kota Belud pada tahun hadapan(2010). Dalam kunjungan hormat Pengarah DBP Sabah, En.Zubaidi Abas ke Pejabat saya di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Kota Kinabalu kami telah bersepakat untuk membincangkan perkara ini bersama Pejabat Daerah Kota Belud, Majlis Daerah dan pihak JKR untuk mengenal pasti jalan-jalan utama yang hendak dipasang dengan tulisan jawi.


Saya berharap dengan terlaksananya tulisan jawi di sekitar Kota Belud, citra bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan bersesuaian dengan saranan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menyemarakkan bahasa kebangsaan di semua peringkat. Saya juga menyokong pemasangan papan iklan Bahasa Jiwa Bangsa.

3 comments:

Unknown November 19, 2009 at 12:14 PM  

salam,

tadi ada saya komen di blog sdra Musram mengenai projek yang dia dapat melalui peruntukan Adun Tempasuk "membina lorong kaki 100m dengan kos RM6000 tetapi sdra Musram telah delete.

Rupanya Datuk takut kepada sdra Musram sebab sekali bisik saja sudah dapat peruntukan RM6000.00, kalau sekali sentuh mungkin boleh dapat peruntukan berjuta-juta ringgit daripada Datuk...boleh bagi tengahkah tu keuntungan? Kenapa kami orang bukit Datuk lupakan?

Kalau Datuk tidak mahu siarkan komen, saya terpaksa cari blog lain...

ROJOKOBOG November 24, 2009 at 3:17 PM  

YB DTK HJ,
Saya sangat bersetuju dan menyokong penuh agar tulisan Jawi di papan tanda Jalan Utama Kota Belud dilaksanakan, seperti mana yang terdapat di Negara Brunei Darulsallam...ini salah satu cara kita menerapkan nilai-nilai Islam dikalangan Masyarakat Kota Belud..InsyAllah, sila teruskan usaha murni ini...moga berjaya

Mohd Amini December 9, 2009 at 2:25 AM  

Nampaknya Sdr wakil bukit tidak faham tajuk blog yang mahu dikomen. Datuk bincang pasal "Tulisan Jawi....." kenapa alih tajuk soal minta projek pula?

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP