Sunday, November 15, 2009

BAJET NEGERI SABAH MENCIPTA SEJARAH MELEPASI ANGKAH 3 BILION



KOTA KINABALU 13 Nov. - Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan RM3.304 bilion bagi Bajet 2010, peningkatan sebanyak RM525.5 juta berbanding RM2.778 bilion bagi Perbelanjaan Perbekalan 2009.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, peningkatan sebanyak 18.9 peratus itu merangkumi tiga komponen utama iaitu emolumen, perbelanjaan berulang dan perbelanjaan khas.
"Perbelanjaan emolumen meningkat sebanyak RM2.42 juta kepada RM583.48 juta, perbelanjaan berulang meningkat sebanyak 7.5 peratus kepada RM949.57 juta dan perbelanjaan khas meningkat RM1.771 bilion berbanding RM1.314 bilion pada 2009.
"Ini jelas membuktikan keprihatinan, keikhlasan dan komitmen berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang benar-benar serius dalam memacu pembangunan dan kemajuan negeri serta rakyat," katanya.
Musa berkata demikian ketika membentangkan Bajet Sabah 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau berkata, meskipun bajet kali ini masih defisit, kerajaan negeri berupaya menanganinya dan ia tidak akan menjejaskan kepentingan rakyat.
Jelasnya, hasil negeri Sabah bagi tahun 2010 dianggarkan berjumlah RM3.127 bilion berbanding hasil disemak pada tahun ini sebanyak RM2.707 bilion.
Menurutnya, anggaran perbelanjaan negeri bagi pembangunan 2010 adalah RM1.109 bilion iaitu meningkat sebanyak RM69.35 juta berbanding anggaran tahun 2009 sebanyak RM1.040 bilion.
Musa memberitahu, selain itu kerajaan negeri juga dijangka mendapat peruntukan Persekutuan berjumlah RM1.158 bilion bagi melaksanakan program pembangunan negeri.
"Peruntukan daripada Persekutuan ini adalah dalam bentuk pinjaman, imbuhbalik dan pemberian langsung, jadi jumlah peruntukan pembangunan keseluruhan untuk 2010 adalah RM2.268 bilion," katanya.
Dalam pada itu katanya, strategi dalam Bajet 2010 ialah memastikan pelaksanaan semua program terus berjalan rancak.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga akan turut mempersiapkan jentera awam negeri ini dalam melaksanakan pakej transformasi dan hala tuju strategik Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Sementara itu katanya, Sabah tidak mengalami kesan negatif seteruk yang dirasai negara-negara lain khususnya dalam berhadapan krisis kewangan.
"Sebaliknya Sabah menikmati kesan positif daripada kenaikan harga kelapa sawit dan petroleum mentah.
"Imbangan dagangan negeri meningkat sebanyak 133 peratus dengan lebihan dagangan yang tinggi iaitu sebanyak RM18.1 bilion dicatatkan dalam tahun 2008," jelasnya.

1 comments:

Anak Sama,  November 17, 2009 at 8:48 AM  

Salam Datuk,..
Nampaknya belanjawan negeri kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah. Dalam perbahasan semalam yang saya sempat ikuti, prestasi/quality kontraktor pelaksana banyak di bahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya teringat jambatan yang baru siap di bina di kampung kota bunga. apakah rekabentuk jambatan ini sememangnya sepertimana yang telah siap ini sehingga mengecilkan saiz sungai tersebut kira-kira 50%. Atau ini pun termasuk dalam projek 'save badget' kontraktor? sekarang kita belum nampak kesan rekabentuk jambatan ini kecuali ketika waktu banjir.

Saya jugab tertarik dengan cadangan YB Sugut untuk membatalkan warta hutan simpan dikawasannya kepada tanah berstatus SL yang boleh dibangunkan dengan pertanian. saya ingat, ini pun kita boleh buat di KB terhadap tanah2 SAFODA yang terbiar untuk dibangunkan dengan program-program pembasmian kemiskinan seperti MESEJ.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP