Sunday, October 11, 2009

TAKLIMAT STATUS TERKINI PROJEK AGROPOLITAN KOTA BELUD






Pada hari ini (7hb. Okt. 2009) saya telah meminta taklimat daripada Jawatan Kuasa SPKR Daerah Kota Belud berhubungan dengan status terkini perjalanan Projek Agropolitan yang dihadiri oleh Pegawai Daerah KB Mohd Najib Muntuk dan wakil daripada KPLB, Jabatan Tanah KK, LIGS KK dan JPPHT KK. Sepatutnya taklimat bermula jam 9.30 pagi tapi oleh kerana pagi itu hujan lebat dan beberapa jalanraya dinaiki air terutama di jalan Putera Jaya dan Telipuk menyebabkan perjalanan kami terkandas dan mesyuarat terpaksa dimulakan jam 10.30 pagi.
Setelah mendengar taklimat daripada semua yang terbabit, saya berpuas hati tentang status terkini perjalanan projek tersebut, di mana ada jabatan-jabatan yang dipertanggungjawabkan telah pun melantik konsultan mereka dan ada yang sedang menyediakan proses dokumen tender. Saya difahamkan oleh wakil KPLB kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak 120 juta pada tahun 2009-2010 dibawah SDC untuk perlaksanaan projek agropolitan Daerah Kota Belud, yang melibatkan dua kawasan ia itu kawasan padang ragut Pintasan di mana aktivitinya Menternak Lembu Tenusu dan Kawasan Kelibungan Rosok Surun aktivitinya Penanaaman Getah dan ternakan Lembu Pedaging. Projek ini adalah projek KPLB dan Kedua-dua projek ini diterajui oleh jabatan dan agensi kerajaan, di mana Projek Lembu Tenusu dan Pedaging diterajui oleh JPPHT dan Penenaman Getah oleh LIGS.
Projek Agropolitan fasa pertama ini adalah merupakan Projek Bersapadu, tujuannya ialah untuk membesmi kemiskinan tegar . Ianya melibatkan pembinaan prasarana seperti Jalanraya, Letrik, Air, Telefon. Selain daripada itu kerajaan juga akan membina Taman Perumahan yang lengkap dengan kemudahan asas seperti taman permainan kanak-kanak, sekolah tabika, tempat ibadat, dewan serbaguna dan kemudahan asas lain yang di perlukan. Para peserta projek ini juga akan di beri latihan dan bimbingan oleh kerajaan berhubung dengan kerja-kerja kemahiran tujuannya untuk melahirkan modal insan yang boleh menjanah pendapatan kepada keluarga mereka. Peserta juga akan diberi ceramah motivasi agar mereka menjadi manusia yang sejati.
Saya mengharapkan agar projek ini menjadi sinar baru kepada warga Kota Belud dan menjadi pemangkin kepada projek-projek yang bertaraf ekonomi sekaligus mengeluarkan Kota Belud daripada senarai antara daerah termiskin di Malaysia.

3 comments:

Unknown October 12, 2009 at 12:30 AM  

semuga projek Agropolitan menjadi kenyataan dan mencapai sasarannya iaitu RAKYAT DIDAHULUKAN

NUJUM PAK BELALANG October 12, 2009 at 9:56 AM  

Salam Dato,

Saya ingin penjelasan Dato mengenai status PROJEK AGROPOLITAN kawasan Pintasan masa kini.

Bantahan yang dikemukan oleh penduduk Labuan terhadap projek tersebut tidak ubah sebagai gemek politik semata-mata dan mungkin ianya di taja oleh pihak-pihak tertentu untuk mengagalkan projek tersebut.

Mereka takut kejayaan projek tersebut memberi impak negetif terhadap politik pihak-pihak tertentu. Justeru itu saya meminta Dato tidak tunduk kepada sebarang tekanan demi untuk kesejeteraan rakyat Kota Belud.

Sebagai Datu Panglima di kalangan masyarakat Iranun sekali lagi menyeru Dato supaya berusaha agar projek yang menjadi igauan beratus penduduk ini akan menjadi realiti.

"HIDUP DATUK MUSBAH HIDUP IRANUN"

Wasalam.

SUARA RAKYAT October 12, 2009 at 3:59 PM  

salam ziarah. Suatu ketika daerah Pitas merupakan daerah termiskin di Sabah, kini Kota Belud telah mengambil alih. Kota belud hanya tersedia laut dan tanah. Hanya pada dua media ciptaan Tuhan ini rakyat Kota Belud boleh bersandar. Tanpa pendayagunaan dua media ini, rakyat Kota Belud sukar keluar daripada kemiskinan. Usaha berbakti pada tanah dan laut merupakan cara yang penting dalam usaha membasmi kemiskinan.

Teruskan usaha ini demi genarsi akan datang. Kerana hanya mereka yang berlatarbelakang media ini tahu bagaimana memanfaatkan ciptaan Tuhan ini.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP