Thursday, October 01, 2009

SEJAM BERSAMA SHAM KAMIKAZE



Tiga bulan yang lalu, saya dikunjungi oleh pemuzik tanahair,Shamril Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze. Pertemuan sejam itu berlaku di pejabat saya di Kampung Taun Gusi iaitu tempat mula-mula saya bertapak dalam dunia perniagaan. Cuma sahaja kunjungan Sham ketika itu lebih kepada perbincangan untuk memajukan dunia seni tanahair di samping perniagaan dalam kesenian.

Saya difahamkan, Sham pernah menjadi Pengarah Muzik Akademi Fantasia (AF2-4) dan bertugas sebagai Pensyarah Muzik di UITM dan Akademi Seni Kebangsaan. Beliau juga kerap kali menyelaras muzik lagu Dato' Siti Nurhaliza. Sham memberitahu saya,bahawa beliau berminat dengan buadaya dan kesenian di Kota Belud.

Dalam paparan kali ini,saya ingin berkongsi idea tentang cara memulihara seni dan budaya pelbagai suku kaum khususnya di Kota Belud agar kekal diminati generasi muda selamanya atau apa-apa sahaja perkara berkaitan tentang budaya pelbagai suku kaum di Kota Belud. Idea dan saranan anda saya sangat hargai. Terima kasih.

9 comments:

Admin CCZ October 1, 2009 at 11:19 AM  

Salam Datuk..Blog yang cukup menarik. CCZ suka baca posting-posting Datuk. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Datuk sekeluarga. InsyaAllah, CCZ akan kerap kunjugi blog ini kerana artikel berkaitan kesenian cukup CCZ minati.

palingberani October 1, 2009 at 1:57 PM  

salam ziarah Datuk..

Harap dapat datuk paparkan perkembangan Projek agropolitan dan Jelapang Padi di Kb..masyarakat kena tahu mengenainya..

rojokobog October 1, 2009 at 2:58 PM  

Salam Datuk Hj,
Tdk juga hilang darah seni yg mengalir dalam badan Datuk, yg selalu menyanyi di Kg Linau @ Gunding masa bujang dulu di bawah payung band D' Amanah....kenapa saya sebut Kg Linau & Gunding saja, sebab masa itu kalau ada keramaian dan Band D'Amanah diundang ke Kg tersebut, sudah menjadi satu kemestian/kewajipan bagi Datuk utk hadir dan menyumbangkan lagu beliau di Kg tersebut khususnya..hanya Datuk yang tahu cerita disebalik semua nostalgia itu.ok lah nanti saya terlanjur cerita pula, habis rashia dulu2 keluar...kahkahkah

YANG GAMBI October 1, 2009 at 11:14 PM  

Salam Datuk,

Pertama, terima kasih sudi follower blog saya.

Kedua, tahniah dengan blog Datuk yang unik untuk paparan masyarakat maya, mendedahkan isu-isu yang benar untuk menafikan pembohongan pemgkhianat bangsa dan agama....

wanita mutalib October 1, 2009 at 11:36 PM  

Salam Aidil Fitri Datuk..

Saya berbesar hati kerana Datuk sudi mengikuti blog saya yang tak seberapa tu..

Baru kini saya dapat melawat blog Datuk..
Ternyata pengisian nya amat menarik..

Datuk, saya juga ingin tahu perkembangan seni dari Kota Belud..

saya kagum dengan semangat Datuk untuk memperjuangkan seni Kota Belud untuk tatapan dan halwa telinga generasi kini..

saya amat menanti perkembangan itu :)

Anonymous,  October 2, 2009 at 11:33 AM  

Assalamualaikum Datuk.
Tkasih kerana ikuti saya.
Selamat Hari Raya untuk Datuk, famili dan semua warga Sabah.
Semoga kehadiran kita di Maya menyumbang ke arah kebaikan semua.

Pemudapenjom October 2, 2009 at 12:14 PM  

Assalamualaikum WBT...

Datuk Hj.

Tahniah dan semoga terus bekerja kerja untuk berkhidmat kepada rakyat di DUN Tempasuk. Semoga Allah memberi kekuatan dan rahmat kepada semua Usaha Datuk.

Semoga Falsafah Perjuangan Datuk 'Memarangi Kemiskinan Adalah Jihad'akan terus dibantu dan disokong oleh rakyat di DUN Tempasuk. InsyaAllah.

Ikhlas,
Pemuda UMNO Penjom, Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

Wak Labu Farm October 2, 2009 at 4:46 PM  

Salam sejahtera kepada Datuk Hj. & famili.

Teruskan perjuangan demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Selamat Hari Raya Idul Fitri.

ADUN TEMPASUK October 5, 2009 at 2:57 AM  

Salam buat semua rakan,

Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Insyaallah saya akan sentiasa mengikuti perkembangan anda walaupun tidak sempat beri komenter.

Dalam paparan seni akan datang,insyaallah saya akan paparkan kesenian di Kota Belud satakat yang termampu.Maklumlah saya sentiasa sibuk dengan tugas sebagai seorang wakil rakyat.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP