Monday, October 19, 2009

PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO : MEMARTABATKAN PEMIMPIN DI PERINGKAT AKAR UMBI

GAMBAR KENANGAN SEWAKTU BERADA DI SERI PASIFIK HOTEL.BERSAMA YB DATUK JAPLIN,RIDIH TANGGOH,AWANG SAMAD DAN NORDIN ALIFUDDIN

Pindaan perlembagaan yang telah diluluskan melelui perhimpunan agung umno kali ini telah mencipta satu sejarah bilamana ianya membuka ruang kepada 146,500 perwakilan daripada seluruh Negara dapat turut serta memilih pemimpin mereka. Berdasarkan satu daripada tujuh (7) premis pindaan Perlembagaan UMNO yang telah diluluskan sebulat suara oleh Perhimpunan Agung Khas UMNO seperti berikut.


“Dalam Premis pertama ialah meluaskan jumlah perwakilan dan sekaligus memindahkan kuasa memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) termasuk Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia ke peringkat Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Fasal-fasal yang terlibat ialah 8.3.3, 8.3.4, 9.3, 9.4, 9.9, 9.10, 14.5.1, 14.5.2, 14.5.4, 17.5.7 & 17.5.8 serta memasukkan fasal baru 14.4.7 Perlembagaan UMNO Malaysia. Efeknya, secara ringkas, ialah seramai 146,500 perwakilan Bahagian-Bahagian (sebanyak 191 Bahagian) akan memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO (iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden & 25 Ahli Majlis Tertinggi) disamping memilih ahli jawatankuasa Bahagian. Selaras dengan pindaan ini juga, Ketua-Ketua Sayap Cawangan (iaitu Wanita, Pemuda & Puteri) akan secara otomatik menjadi perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian (sebagai contoh, untuk cawangan yang ahlinya adalah 250 orang, seramai 9 wakil Cawangan iaitu 1 Ketua, 5 wakil Cawangan & 3 Ketua sayap).”

Ini merupakan perubahan besar kepada UMNO dan tentunya akan didukung oleh semua ahli UMNO dan dihormati oleh rakyat. Kalau sebelum ini perwakilan daripada bahagian seramai 12 orang sahaja diamanahkan oleh ahli-ahli parti dari setiap bahagian, tetapi selepas perubahan perlembagaan perwakilan daripada cawangan yang terdiri daripada ketua-ketua cawangan. ketua wanita, ketua pemuda, ketua puteri dan perwakilan cawangan telah diberi hak untuk memilih pucuk pimpinan parti baik diperingkat bahagian mahupun pusat, ini sekali gus memertabatkan kepimpinan di peringkat akar umbi termasuklah golongan belia dan beliawanis yang terdiri daripada ketua pemuda dan puteri di setiap cawangan dari seluruh Negara. Berdasarkan perkembangan terbaru ini saya rasa Umno Sabah mempunyai advantage memandangkan Umno Sabah mempunyai cawangan yang terbanyak berbanding negeri-negeri lain di semananjung Malaysia.

1 comments:

Maruf Ismail October 20, 2009 at 5:56 PM  

Jemput beri komen dalam tulisan terbaru saya di blog. T.Kasih.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP